Tuesday 19 July 2011

~ BAKED SANDWISH ~

taraaaaaaaaa..inilah hasilnya..sedia dimakan..sedap untuk makan malam & buat breakfast

selepas di letak cheese...agak berserabut di situ..hehehe..terlalu eksited nak makan ;)

sebelum dibakar..hehehe..acuan baru beli..xsempat nak buang tanda harga lagi..hehe

rencah-rencah untuk buat inti baked sandwish


Bahan-bahan:

Roti gardenia

inti:-

-karot dipotong panjang
-cili besar (merah)
-daging ayam dipotong dadu
-bawang besar-dadu
-bawang putih-cincang halus
-sos cili
-sos tomato
-parutan keju
-tomato-dipotong dadu

* Panaskan oven 180 C.Gelek nipiskan roti, tekan2kan dlm acuan dan potong tepinya mengikut tepi acuan, bakar selama 7- 8 minit...angkat, sejukkan
(nk mudah masuk jap roti dlm microwave)

* Untuk intinya panaskan sedikit minyak, tumis bawang hingga naik bau. Masukkan
cincangan isi ayam/daging kacau. Masukkan sos cili, sos tomato dan karot serta tomata yang telah dipotong dadu tadi...


* kacau hingga inti agak kering.Perasakan dgn sedikit garam, angkat
Letakkan inti dlm roti tadi, taburkan keju parut di atasnya dan bakar sekejap,
bila keju sudah
mencair bolehlah diangkat

* Sedia untuk dinikmati bersama

p/s: sedap dimakan semasa panas

No comments: