Friday 27 August 2010



::SALAM nUZUL AL-QURAN UNTUK SEMUA::

..ambillah mase untuk beribah kepadaNYA..islam itu suci,,bersama2 kita meningkatkan amal ibadah..insyaallah kita akn dirahmatiNYA slalu..bulan yg baik jgn di sia2kn...jadilah muslim n muslimah yg sejati...amin....

Thursday 19 August 2010

cuba teka mane 1 kaki aku???huhuhu..=)











..G-lAh,SyEiKa,AkU,t-kAh N wAnIe..

..c-Ma,g-LaH,sYeIkA,t-kAh N wAni..
~SuKa SuKi BeRsAmA my LoVeLy FrENs~


~UnTuK yAnG KeCeWa~

Wahai sahabatku,

Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai.
Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki.
Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai.
Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah.
Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan bila kita memaksa ia kepada seseorang.
Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai?
Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah.

Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.
Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik.
Allah lebih tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri.
Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki.
Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya.
Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu?
Sedangkan DIA sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya,
meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya?

Wahai sahabatku,
Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta,
dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta.
Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta?
Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta.
Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah.
Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki.
Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah.
Sedangkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah.
Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah.
Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia
hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan
melihat kecantikan segala ciptaan-Nya.
Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah.
Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan,
bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta.
Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan cinta.


Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu.
Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah.
Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian.
Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui
agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan.
Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah.

Wahai Sahabatku,
Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya.
Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta.
Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan
kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat.

Wahai sahabatku yang kecewa,
Bersabarlah…
DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buatmu..

Friday 6 August 2010



~KeCiK aTi~

xtau knpe sjak akhir2 ni..ak suke sgt kcik ati wlaupun bnd 2 xseberpe...ak kecik ati sgt ngn someone 2,,,dulu ak rapat sgt die..tp skrg semuanye telah berakhir...senang sgt manusia lupekan kisah silamnye..dulu lain skg da lain..lost contact terus..ak xtau ape slh ak sampaikan die da xnk kwn ngn ak...ak tau ak xsempurna,,tp ak juga ade ati n perasaan mcm die jgk..xde org yg sempurna ats muka bumi nie..lebih baik kwn ngan pokok dr kwn ngn manusia cmni,yg xpernah nk hargai erti persahabatan..ak terima semua nie..n harap 'die' bahagia ngn hidup n cara die skg nie...ak still cam dulu..sorang yg simple n susah nk percaya kt insan yg bernama "LELAKI" bila skali aku disakiti n dipermainkan...bgi aku smua penipu,,smua xbley nk caye...maafkan aku sbb berfikiran sperti e2....pintu hati aku da tertutup untuk insan yg brnama "LELAKI"...no man no cry...tp ak hrap jgk satu ari nanti pintu ati aku terbuka untuk seseorang yg bleh membimbing n menerima aku seadanya..amin...insyaallah..