Thursday 29 December 2011

4 th Anniversary wif my Love!!

29 Disember 2011

wif my Love...I LOVE U SO MUCH SYAFIQ AFANDI!!!! hope hubungan yang terjalin nie kekal sampai bila-bila..

nota Tangan: Tidur malamku tak lena ..Asyik teringat padanya
Bilakah mentari memancarkan cahaya ..Hanyalah dirinya bermain diingatan
Oh...tuhan ku rindu padanya

Friday 23 December 2011

Mimpi Biar Sampai Ke Bintang!

elfira loy and Randy Panggalila

babak dalam cite tuh

ensem boy..aku suka lakonan die nieh..da la macho..comel..nsem..so romantis....semualah...yang penting aku suka dia punya lakonan...

nota Tangan: semalam aku tengok cite BIAR MIMPI SAMPAI KE BINTANG nih sambil-smabil buat kek kat dapur..hehe..memang the best la cite ni...suwittttttttttt sangat!!

sedikit kecewa!!!

kek buah-buahan..

ulang tayang...sebelum dibakar

Saya sedikit kecewa dengan diri sendiri...arghhhh..kenapa la jadik macam nie.semalam balik je dari makan malam kat UMAI CAFE..terus naik tukar baju and masuk dapur..penat memang tersangat penat..dan badan terasa sedikit mengantuk..tapi terpaksa juga digagahkan tulang empat kerat ni di atas sebab-sebab tertentu..hurmmm...semua laci dibelek-belek demi mencari resepi kek di atas..akhirnya ku ketemui jua...hati girang...kengkononye nak buat kek buah-buahan untuk buat balik kat kampung..mak suka makan..and buat sekali untuk mak MR.B..sebijik sorang...first time tau buat kek ni...godek punya godek..jadi la..tapi sedikit kecewa..sekali lagi kecewa..sebab,.....sebab...kek tak berapa nak sedap!! arghhhhhh tensen lagi...huwaaaa.... :(  tak tau la..tapi lidah saya tak leh terima kek buah...memang tak suka makan..tapi...tapi kan...alhamdulillah kek nya menjadik.!!.hanya gambar kek sebelum dibakar je sempat snap pic..huhu..sori uollllssss

and...

and...

and....

penderitaanku tak berakhir disitu..kerana ada lagi satu permintaan dari kawan opis...mak die teringin sangat nak makan kek coklat yang che'anies buat..jadi terpaksa la bersengkang mata sekali lagi demi buat dia bahagia...sori kawan kalau kek tu tak berapa nak sedap....

lebih kurang macam ni la kek coklat tu..tapi dimaksukkan dalam bekas la...pic nie dari album-album yang lepas..sori sekali lagi coz tak ambik pic kek tu atas sebab-sebab mata dah semakin layu...bye!

p/s: semoga semuanya suka sampai telinga

makan-makan @ UMAI CAFE

Posing sebelum makan..Farish Danial

mereka

pilih menu dulu

Danial punye..macam biase..nasi goreng paprik

lempeng nyor atau nama komersialnye..lempeng kelapa...mebeles!

me...nasi goreng umai..nampak je sedap..tapi hampeh..nasi sedikit terasa hangit..sori ye

last! byebye

Thursday 22 December 2011

wang kertas dan syiling baru??? oyeeehhhhh..


hye uolllssss.....korang da tengok belum duit kertas baru ni???soooooooooooooooooooo chomelllll okeyhhh!!! yang rm20 tu so cute...oren pulak tu...sangat-sangat menyerlah okeyhh....huwaaaaaaaaaaaaa.....nak jugakk...!!! tak sabar nak pegang duit ni betul-betul...mesti sayang nak guna nanti...hihihi..boleh caye ke..hek elehhhh...padahal da jumpe duit soping tak hengat...ape-ape pun kita bakal menggunakan wang yang sooooo chomelll nie tahun 2012 nanti....coming sooonnnnnn...
wait and see ya...bye!

ni pulak rupa wang syiling yang bakal digunakan nanti...yang melambangkan keindahan alam semulajadi,flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional malaysia..ye ke??aku main teka je...hehe..
tapi.....tapi.....tapi kan...korang perasan tak yang duit syiling sepuloh sen tu melambang ape??korang perasan tak weiiiii??kalau ditengok-tengok..dibelek-belek...macam lambang bendera ISRAEL pun ada kan??betul tak kawan-kawan..ke mata aku je yang nampak camtu..apapun..kemungkinan je semua tu...


cuba anda perhatikan sendiri..ihsan google

Tuesday 20 December 2011

Jarak Antara Dua Hati...

Komunikasi

sebenarnya sejauh manapun anda dengan kekasih hati...komunikasi antara dua hati amat penting..seberapa lama pun hubungan anda dengan kekasih hati..percayalah..kalau komunikasi tidak berjalan dengan lancar,..hubungan tak akan ke mana.lepas tu mulalah cari kelemahan dan kesalahan masing-masing..ingat! komunikasi yang baik adalah komunikasi yang boleh diterima dengan terbuka..dan bukannya dengan air mata.


 Kepercayaan dan Kesetiaan

setiap cinta yang dibina mestilah memiliki kesetiaan dan kepercayaan kepada si jantung hati masing-masing.kerana dengan sifat inilah cinta yang bertahun-tahun lamanya akan kekal sehingga ke jinjang pelamin..ingat! jangan sesekali melupakan ikrar ketika mula-mula hendak bercinta dulu.'aku akan mencintaimu seluruh hidupku..aku akan selalu disampingmu..tiada dua atau tiga' cewahhhhh..terjiwang la pulak..tapi itulah hakikatnya!! bila sebuah percintaan itu bermula..kepercayaan dan kesetiaan itu adalah satu kemestian,..walhal kadang-kadang diri ini jugak rasa ragu-ragu..huhuhu..

Bertanya Khabar @ Tetapkan masa untuk berhubung..

selalunya melalui SMS lah kita meluahkan rasa..meluahkan rindu dan sebagainya berbanding melalui YAHOO,MUKABUKU,TWEET dan lain-lain..ini kerana melalui SMS kita dapat mengenali pasangan kita dengan lebih dekat.walopun hari-hari bertanyakan benda yang membosankan tapi itulah cinta..
contoh:" hello..sayang dah makan??sayang sihat"..percayalah ungkapan itulah yang membuatkan kita berada di awang-awangan dan rasa disayangi...kan..??kan..??




Kejutan

ketahui lah bahawa setiap orang mendapat suprise itu sangat bahagia hatinya..so kepada yang bercinta jarak jauh tu,,,jangan sesekali melupakan tarikh-tarikh penting dalam bercinta..tarikh besday ke..ulang tahun perkenalan ke,..macam-macam la..yang penting hargailah si dia seadanya.tak salah kalau nak berhabis untuk si jantung hati dengan membeli sekuntum bunga..bukan mahal pun..paling tidak sepuloh hinggit je!! jangan nak kedekut kalo nak hidup bahagia...tak gitu...hahaha


Kunci Hati

 And last..kunci hatimu hanya untuk si jantung hati!! jangan sesekali curang okeyhhhh...ingatlah..setia itu sabar..sabar itu indah...^_^

p/s: semoga kita semua beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak..amin....




Kamu cantik sekali..Tapi......


Saudari, kamu cantik sekali

Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali
Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.

Saudari, kamu cantik sekali
Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau   membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.
Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.

Saudari, kamu cantik sekali

Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali

Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik ia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?

Saudari, kamu cantik sekali

Alangkah indah jika kecantikan luaran  itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi.
Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.
Sumber KLIK SINI
 

OMBAK RINDU

Assalamualaikum w.b.t uolllssss...

sana sini orang dok bercerita tentang satu cite ni ha...pemes sangat ke cite tu??best sangat ke sampai ada yang nangis-nangis bile dok menghayati jalan cite tuh???...sedih sangat ke??che'anies pun tak tau..coz che'anies masih tidak berkesempatan nak menonton movie tu...maklum la..cik abang dok jauh...wuuuuuu....sedih =(
ok-ok..da sedih-sedih bagai...jangan nak merepek merapu lagi..ce korang teka cita ape..ce teka...hhahaha...alahhh...tipu lah kalau korang tak tau..aku rase korang semua mesti da berkurun tengok movie tu kan..che'anies je yang kuno tak abis-abis....ishkk...ok la ni tajuk movie tuh...'OMBAK R_N_U'...yang dua tempat kosong lagi tuh,
korang isi sendiri ek..byebye...muahh...fulstop!!!

layan lagu ONG BAK RINDU ni dulu...eh...bukan ONG BAK la...'OMBAK RINDU'..ehehehee.... 

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


COMEL
 SOOOOO SUWIT TAHU

Thursday 15 December 2011

u Die i Die

Assalamualaikum w.b.t uuuolllsssssss....

korang penah dengar tak penpatah melayu yang sering digunakan oleh
budak-budak yang tengah mabuk bercinta nie 'u die i die' ataupun 
'sehidop semati'..
macam-macam kan..biaselah orang tengah hangat bercinta la katakan...
Tapi....ade ke sanggup mati same-same??? boleh caye ke??....cakap boleh la...ce kena dalam situasi tu..che'anies rase lintang pukang lari..hahaha..ayat nak manis jerk...ape pun tak boleh..kengkononnya suwit la tue...kita hanya merangcang Tuhan yang menentukan..
jangan pepandai nak reka-reka sendiri..kita hanya boleh berdoa dan terusberusaha menjadi yang terbaik untuk orang yang kita sayang..tak gitu kawan-kawan??
ape-ape pun ajal maut ditangan Tuhan..hanya Dia yang boleh menentukan hidup mati seseorang makhluk..and yang paling penting..jangan terlalu taksub dalam bercinta..nakbersayang-sayang boleh,tapi sayang la diri sendiri dahulu baru
kita layak untuk menyayangi orang lain..kalau da jodoh tak kemana..
tak perlu nak 'u die i die' bagai...sekian..fullstop!!

p/s: Peringatan untuk diri sendiri dan kita semua..chil =)

gambar sekadar hiasan~

Wednesday 14 December 2011

wordless wednesday!

bila bercinta...dia semakin menjauh..

Assalamualaikum w.b.t

maaf bila ku tidak sempurna..aku hanyalah insan biasa yang perlukan cinta..aku juga insan biasa yang perlukan kawan...tapi.....kenapa bila menjangkau alam bercinta kenapa 'sahabat' itu perlu menjauhi??
aku juga manusia yang terlalu rapuh bila bermain dengan soal hati dan perasaan,.
Tapi..sebagai manusia biasa,salahkah kalau kita bercinta tapi dalam masa yang sama kita berkawan...?hanya sebagai kawan,tak lebih dari itu.. kenapa kawan itu perlu menjauhi bila kita sudah punyai cinta..?manusia nie memang cukup aneh..perasaan dan tindakan yang tak tercapai akal kita nak fikir..walaupun begitu,kamu tetap kawan..sekali berkawan,..selamanya tetap kawan.jangan sesekali memusnahkan persahabatan yang terjalin..
Maaf sekali lagi andainya aku buat kamu terluka..berkawan dan bercinta banyak perbezaannya..tapi kedua-duanya amat penting bagiku...Ape-ape pun..selitkan kawan itu dengan kejujuran dan keikhlasan dalam hatimu..bukan mengharapkan suatu balasan..aku mesra denganmu bukan bermakna aku cinta..aku senang denganmu bukan bermakna kamu telah mewarisi hatiku..tapi..itu cuma sayangnya seorang kawan..biarlah kawan itu tetap lekat sebagai kawan..
jangan sesekali bandingkan kawan dengan cinta kerana ia terlalu jauh berbeza...love yourself..!! fullstop!

Tuesday 13 December 2011

Betul ke??

Assalamualaikum w.b.t

Hye uollllsssss...rasenya da 2 3 hari che'anies tak update blog sebab musababnya che'anies terlalu buzy dengan keje yang tak tetap tetap ni ha...
arinie tergerak pulak hati nak mengupdate blog nih..tu pun sebab bace ENTRY yang buatkan che'anies tersengih sorang-sorang..senyum simpul pun ada..opsssss! jangan salah sangka ye,che'anies bukan seorang yang gedik okeyh...senyum simpul ada sebabnya..geli hati membaca ENTRY sorang retis vs kawan che'anies kat opis ni...haha..kalau korang pun nak gelak same,korang bolek KLIK SINI... mesti funny punya la..tapi korang kena tengok kat tajuk SAME KE?? tu ek. kat pic ke 2 tu memang tak leh blah..tapi yang 1st and 3rd tu memang aku tak leh sangkal lagi la..sejibik...opsss sebijik same..huhu..ok..korang boleh nilaikan sendiri ek..

p/s: yang tengah makan nasik or minum tu..aku syorkan jangan KLIK kat sana..coz benda tu boleh buat korang termuntah..fullstop bye!!!

nih che'anies promote cket blog retis tu...WAJIB TENGOK!!!


Friday 9 December 2011

jodoh itu rahsia Allah s.w.t



 
Ya Allah...jika aku jatuh cinta,cintailah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMU..agar bertambah cintaiku untuk mencintai-MU..

My Dreams Wedding

hehe..senyum gedik bila memikirkan cik abang nun jauh disana...makk...saya mau kawen! hahaha

ni la impian dihari bahagia aku nanti..aku mahu temanya adalah sebuah taman..cantik bukan? sangat suwit...insyaallah kalau duit lebih..

baju kawen pulak aku nak persis marshanda ni..cantik weyh...cun melecun kan.see tudung yang dia pakai tu..sangat eksklusif beb! dia comel memang la pakai pe pun cantikk..ko hado?
kek kawen pulak..semestinya aku akan pilih cupcake..sebab comel sangat!! i like..temanya mesti 
merah + putih.. (gambar ihsan google)


ni plak aku nak bagi dekat kawan-kawan yang datang majlis aku nanti..cupcake jugak...tapi aku kena jadi tokey dulu la..haha

pelaminnya pulak..mestilah simple but nice..pilihan aku..merah + putih jugak..

p/s: semoga impian ini tercapai...MR.B love u..(tetibe)

Talam Dua MUka vS Lidah BerCabang..










Talam dua muka ni pulak... (bukan kueh talam yang sedap dimakan tu okeyh) lagi lagi la sangat berbahaya..nak tau kenapa?? dorang ni mulut manissss sangatx1000. kenapa aku cakap dorang ni berbahaya?? sebab orang seperti nie pandai sesangat bermuka-muka..bukan ada satu je muka..malahan banyak mukanya..lebih mudahnya dipanggil 'HIPOKRIT' ! you know..mereka nie depan kita baik sangat..belakang kita boleh jadi musuh tahu!

Talam dua muka ni jugak depan kita bukan main baik..kengkononnya dialah insan yang paling baik dalam dunia..pijak semut pun tak mati..tapi dibelakang kita..masyaallah...fitnah tak ingat dunia..kalau boleh..semua orang dia nak fitnah..( nie berdasarkan pengalaman penulis la) hehe..memang kalau boleh jumpe orang macam nie,nak lempang je laju-laju..bia dia tau betapa sakitnya ati kita difitnah tanpa sebab.! huh~
(mengeluh seketika dan mengucap untuk tenangkan ati).....

Ingatlah teman-teman che'anies semua..setiap pergerakan kita senantiasa diperhatikan oleh raqib dan atid.jauhkan diri kita semua dari memfitnah,prasangka buruk serta bercakap bohong.setiap yang diucap,akan diperjawabkan di akhirat kelak..so,
pandai-pandai la kita menjaga mulut dan hati masing-masing...k fullstop!!!

lidah bercabang memang menakutkan..memang wujud orang-orang seperti ini.di depan kita manis se suwit gula-gula tapi di belakang kita hanya Allah s.w.t je tahu..orang seperti ini bersandarkan hendak cuba 'please' tinggalkan 'good impression' ambik ati semua orang....tak nak bermusuh-musuh...tapi tanpa disedari mereka inilah yang boleh memcetuskan pergaduhan besar dan perselisihan faham diantara dua pihak..percayalah!

Nota Tangan: cita-cita time kecik-kecik dulu nak jadi ustazah..hehe..

Tafsiran Mimpi Mengikut Islam



 
tido ibarat satu terapi yang sangat baik IHSAN EN.GOOGLE

hye uollllsssss.....

korang pernah tak mimpi bukan-bukan??maksud aku mimpi yang menakutkan..aku pun ada jugak mimpi camtu..tapi abaikan jela..sebab bagi aku,mimpi nie hanyalah mainan tido...tula nak tido tak basuh kaki!! hahaha..orang tua-tua selalu pesan,nak tido tu..mestilah dalam keadaan berwuduk..kaki tu basuh..supaya nanti,tak de la korang mimpi yang bukan-bukan nanti..pastu baca surah 'tiga kul' bagi mengelakkan benda-benda yang tak diingini berlaku...tapi jangan la percaya sangat dengan mimpi korang tu k!!
nanti kurafat pulak..juz ambik itu sebagai satu pengajaran..
tapi bagi firasat che'anies la, maybe orang tua-tua saje nak takutkan kita supaya nak tido tu berwuduk dulu..jangan main hentam je nak terlentang atas katil bagai..buruk perangai tahu!!
ok lah..kalau korang nak tau lebih lanjut tentang mimpi ni..korang boleh klik sini.. byebye..fullstop!!!

p/S: rindu kat family nun jauh disana..

Thursday 8 December 2011

K.E.J.I.W.A.N.G.A.N


Telah berulang kali sengaja kau ulangi
Kesilapan sama serupa
Setia di depan mata
Curang di baliknya

Memang benar tanpa kusedari
Dalam diam hatiku pedih
Lantaran sikapmu melukakan
Mengguris hati dan perasaan
Rupa-rupanya kasih sayang darimu
Dusta semata

Seandainya detik dan waktu
Dapat kuputar kembali
Ingin sekali lagi rasanya
Untuk kujatuh cinta semula
Namun yang pasti bukan dengan mu
Yang penuh palsu

Nota tangan: tiada kena mengena dengan diri penulis..sekian~

10 petanda dia jodoh kita


1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama


Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya


Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur


Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai


Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama


Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita


Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan


Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?


“ Manusia merancang, Allah menentukan..”

sang pari-pari



kalau lah...

aku pari-pari yang comel ini..
akan ku terbang jauh di hujung dunia..


kalau lah..

aku ada kuasa..
akan ku bahagiakan semua orang di sekelilingku..


kalau lah..

aku bisa melupakanmu..'
akan ku buang dirimu jauh dilubuk hatiku..


seandainya..

aku ditakdirkan untukmu..
akan ku jaga hatimu seluruh jiwa ragaku..


seandainya...

kamu mengerti..aku betul-betul mencintaimu setulus hatiku..
(Syafiq Afandi)


mengertilah...

aku hanya insan biasa yang tak punya apa-apa..
sekadar menunggu kebahagiaan hakiki..♥


p/s: salam rindu penuh kasih sayang..

Berangan itu Perlu...


I have a dream
A fantasy
To help me through
Reality
And my destination
Makes it worth the while
Pushing through the darkness

nota Tangan: semoga angan-angan menjadi seindah pelangi petang~

cinta itu nikmat <---- Tapi???

mungkin juga cinta itu sepahit kopi jika kita tidak tau menilainya..so, hargailah cinta yang didepan mata daripada terkejar-kejar untuk cinta yang belum pasti menjadi milik kita~



cinta itu memang nikmat jika pandai menikmati...
mungkin sesedap coco crunch yang dimakan dengan susu diwaktu pagi...
tapi cinta itu juga boleh menjadi sepahit hempedu jika kita tersalah langkah...


Assalamualaikum w.b.t buat semua yang membaca blog che'anies...

first,che'anies hanya nak bercerita mengenai cinta..mybe dalam hati ni sedang berbunga-bunga dengan cinta..and maybe jugak otak che'anies sekarang berbentuk hati.. ^_^