Saturday 29 October 2011

Ape dan Mengapa???


-Aku belajar melupakan seseorang yang melupakan aku

-Aku belajar memaafkan semua yang menyakiti aku..


- Aku belajar menjadi yang terbaik untuk orang yang aku sayangi...

-Tapi satu yang tak mungkin aku pelajari...iaitu
. . . . . .

-Harus belajar tersenyum disaat orang yang aku sayangi
menyayangi orang lain..ooh no!!

Lelaki

Menyemak!! haaa..laki cam nie aku rase macam nak terajang je jauh-jauh dari hidup aku.takkan la awek nak keluar ngan kawan-kawan pun ko nk ikut kot..nk kena hantar bagai...tolong la paham.tak caye sangat? letak je cctv kat badan awek ko tu ha.pastu kalau awek ko keluar ke,diam ke,on9 lagilah..mulalah cop awek korang tu curang! nape??pastu asyik nak kol and mesej 24 hour! boring tau tak.pikir la

Touching!! mungkin...mungkin la ade jugak perempuan suka laki cegini..aku hanya wakilkan orang cam aku yang tak suka ni..sometime tak perlulah nak touching-touching karat ni.kononye saling sayang menyayang giteww.siket-siket boeleh la,,tapi biar la bertempat..tak kan la perlu cakap gini ' u tinggalkan i,i bunuh diri ' tak pun ' u tak nak makan,i tak nak makan jugak' .plisss la..ni bukan musim memujuk oke.siyes aku rimas tau tak..kalau tak pujuk,mulalah heboh satu dunia 'perempuan tak paham lelaki'..bukan macam tu la abe oiii kalau nak touching pun.kteorang ni pun bukannye nak pikir pasal merajuk ko tu je,
banyak benda lagi nak kena pikir kot!


King Control.!! ha..aku rase nak lempang-lempang je laki cam gini and rase nak tampal note kat dahi die tu.aku nak tulis 'Waklu' haaa..ape hal weh nak kontrol-kontrol orang!! aku bukan bini ko kot..setiap orang ade life sendiri la weyh! dengar sini lelaki...korang tau ape yang korang buat ni mampu membuat kaum hawa naik menyampah yang meluat-luat kat kamu. dan lagi teruk akan meningkatkan penipuan antara korang! rilek lah bro,tak kan nak lepak ngan kengkawan pun ko gelabah kot! pastu kontrol nye pasal.
'TAK KASI KELUAR RUMAH LA' 'TAK KASI MSG NGAN ORANG LAIN LA'
perrhhhh..ni ape kess ni?? puihhhh la laki cegini..wek =p

Banding-Membandingkan! korang tau,benda yang paling perempuan tak suka ialah ex girlfren korang tu.biaselah bagi perempuan kalau die saje je tanya pasal ex korang tu..nak carik point la maknanye.then korang boleh cakap plak yang ex korang dulu 'suwit macam gula, 'selalu topup kan i' 'manje'...WTF! no lelaki no!! korang tak boleh berkata sedemikian,yela wehhh..if korang nak someone tu,tolong lah hargai dirinya seadanya,bukannya membandingkan dengan cara camtu.sila lah terima baik buruknya.if dorang nak berubah,die akan berubah.biarkan die.die akan berubah untuk diri die,but bukan sebab kamu guys! ngerti kamu???

second! papa kedana.bukan nak pandang harta,banglo bertingkat,skyline dan sebagainya..atleast mampu la untuk sara hidup korang tu! then baru pikir pasal awek. NO ALASAN okeyh ' i tak makan lagi coz takde duit'..plisss la weh...rase macam nak pijak-pijak je orang laki yang bagi alasan cam nie.nampak dayus tau??cover macho la siket..lagi satu,time ade duit,kedekut! tak kan nak belanja awek tea o ais pun tak leh.


first,perempuan paling tak suka lelaki pengotor!dalam erti kate jijiknya eeeeuuuwwww geli seyh!!! pengotor!! paham,??biasenya perempuan nie akan tengok pada stokin yang korang pakai,baju,kuku dan rambut!! oh sila tau yang perempuan tak kan pandang korang kalau korang pengootor macam ni..oh no! plisss la.ok satu lagi kalau lelaki yang ade masalah malas gosok gigi tu. even ko bawak moto besar ke skyline ke,rumah besar pun tak de maknanye!!sila ambik perhatian! dan silalah mengerti.



see nampak tak tajuk kat atas tu???okeyh..kaum adam sekalian alam,sila ambik perhatian dan perlu ambik tau okeyh!!! ade paham???,...

nota Dari AKU: hahahaha..aku cerita nie bukannye nak perli kat sesape.ataupun nak buat orang terasa..tapi aku tulis ikut pengalaman aku dan story dari kawan-kawan.tak suka tak pe,aku tak pakse.aku juz nak meluahkan..enjoy k

Thursday 27 October 2011

Bertemua Jua Akhirnya-selepas 5 tahun















p/S: biar gambar menceritakan segalanya...che'anies terlalu buzy dengan keje-keje opis sekarang nie..hurmmm...penat okeyh!!

Friday 21 October 2011

Suppermoist eggless choc cake

kali nie che'anies buat tanpa telur okeyh..spesel buat ayah,.


Aiskrim Coklat-First try jugak ^^

taraaa...da siap..sedap sehingga menjilat jari..cubalah

sebelum dimasukkan ke dalam fridge


Ais Krim Coklat

Bahan-bahannya:

1 tin susu pekat (sy guna susu F&N - 505 gram)
1 tin air suam (sukat guna tin susu tadi)
1 sudu besar ovelatte
1 biji telur
2 sudu besar serbuk koko (sy pakai serbuk koko van houten..tapi rasa mcm pahit sket kalau terletak lebih.kalau jenama lain tak kot..)
setengah tin susu segar (ni sy yang tambah sendiri..kalau ikut resepi takde.. saja nak bagi lemak berkrim sikit)
coklat rice (jika mahu)

cara-caranya:

1) serbuk koko tadi dibancuh dengan air suam hingga sebati

2) masukkan telur, susu dan ovelette dalam mangkuk

3) tuang bancuhan koko tadi dan pukul dengan mixer sampai adunan kembang

4) tuang dlm bekas dan hias dengan coklat rice ikut suka.

5) masukkan dlm fridge.. senang kan :)

Selamat Mencuba ^_^

First Try Donat-Menjadik...




Assalamualaikum Uolllllssss...

semalam 20/10/11 teringin nak makan donat..walopun petang tu da siap beli donat kat Big Apple 2 bijik..huhu..tapi tak pe,tu yang beli..kadang-kadang nak jugak rase donat dari air tangan sendiri..so,..terus ke dapur tengok bahan-bahannye ade ke tak...ok kat bawak ni anes bagi resepinya:-

1 kg tepung gandum
1 paket yis segera mauripan (11g)
550 ml air bertapis @ air masak
3/4 minyak masak
1/2 sdk garam
2 sdb susu pekat
gula (utk digaul nanti)
minyak masak untuk menggoreng bagi tenggelam

Cara Membuatnya:
satukan susu bersama air..kacau hingga sebati..ketepikan
masukkan tepung ke dalam bekas dan gaul sebati bersama yis tadi
masukkan air dan susu yang telah disebatikan tadi ke dalam tepung,dan jangan lupe masukkan garam tu sekali..uli sampai menjadi doh.
bahagikan doh tadi kepada 50 g setiap satu ( ikut suke nak besar mane) dan bentukkan
menjadi donat. buat sampai habis,biarkan selama 10-15 minit...
tumbuk-tumbuk doh tadi..nie untuk buang angin dalam tepung tu je..
pastu simpan di dalam bekas mendap selama 30-1 jam sebelum digoreng
siap untuk digoreng dalam minyak yang banyak dan api sederhana..gaul bersama gula

selamat mencuba ^_^


Tuesday 18 October 2011

@?>>.;2

sakit ati,tak de mood..perlu ke nak ungkit benda lepas-lepas???
buat hal masing-masing dah la..bengong!!!

Friday 14 October 2011

PUDING ROTI KUAH KASTARD











Puding Roti Ceri (Kukus)

  1. 8 keping roti high grain (potong kulit tepinya)
  2. 400-500ml susu segar (saya guna susu UHT low fat)
  3. 3 sudu besar gula perang lembut (soft brown sugar)
  4. 2 biji telur - dipukul sebati
  5. Ceri Merah
  6. Mentega/marjerin untuk menyapu roti
  7. 1 1/2 sudu kecil esen vanilla

Sos Kastad

  1. 400ml susu segar (low fat)
  2. 2 sudu besar kastad
  3. 1 1/2 sudu besar gula perang lembut
  4. 1 sudu kecil esen vanilla

untuk menyediakan puding roti


  1. Campurkan telur yang telah dipukul sebati bersama dengan gula perang. Kacau sehingga gula hancur.
  2. Curahkan susu, dan esen vanilla. Kacau sebati.
  3. Tapiskan adunan ini dan Ketepikan.
  4. Sapu nipis mentega/marjerin pada kedua2 belah roti *Pastikan sapuan tersebut tidak terlalu banyak/ tebal*
  5. Kemudian potong empat roti tersebut.
  6. Sapu acuan dengan sedikit mentega.
  7. Tabur rata kismis di dasar acuan. Tutupkan dengan lapisan roti. Curahkan adunan susu sehingga ke paras roti.
  8. Tabur lagi kismis diikuti dengan lapisan roti dan curahan adunan susu. Ulangi sehingga semua bahan habis.
  9. Kukus puding ini lebih kurang 30minit atau sehingga masak.


untuk menyediakan sos kastad

Campurkan semua bahan - susu, kastad, gula perang, esen vanilla.
Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan gula hancur. Tapiskan.
Masak di atas api perlahan dan dikacau sentiasa.
Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak

Thursday 13 October 2011

AKU SUKA DIA


Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia


Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya


Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya


Ku terima satu nota..darimu..
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’


Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini, ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia,
Menerima cinta darinya.. Aku suka dia…


PASTRY BUAH BERKASTARD

ni la rupa pastry puff tu..

last,,siap untuk dingap!!!
buah-buah untuk hiasan..peach & kiwi...kalau letak strawberry lagi cantik..

ok..masukkan kastard kat tengah-tengah puff tu

ni la rupa pastry 2 bile masak..tekan2 bahagian tengahnya supaya terbentuk..senang nak letak kastard nanti

pastu buat bentuk pastry kesukaan dan bakar di dalam oven pada suhu 190'c selama 25 minit..saya pakai pastry puff segera..ade jaul kat kedai..jenama kawan



tepung kastardnye sudah masak

kacau sehinnga menjadi pekat seperti gambar di atas..and masukkan 1 sudu kecil esen vanila dan satu sudu kecil majerin..kacau sebati dan tutup api..

untuk buat kastard..2 sudu besar gula,2 sudu besar tepung kastard, & 1 1/3 susu segar..
saya guna susu UHT
cairkan dalam periuk..selepas semua sebati barulah letak di atas dapur menggunakan api kecik..
p/s: jom menjamu selera...sedap dimakan time minum petang