Saturday, 29 October 2011
Ape dan Mengapa???
-Aku belajar melupakan seseorang yang melupakan aku
-Aku belajar memaafkan semua yang menyakiti aku..
- Aku belajar menjadi yang terbaik untuk orang yang aku sayangi...
-Tapi satu yang tak mungkin aku pelajari...iaitu . . . . . .
-Harus belajar tersenyum disaat orang yang aku sayangi
menyayangi orang lain..ooh no!!
Lelaki
banyak benda lagi nak kena pikir kot!
'TAK KASI KELUAR RUMAH LA' 'TAK KASI MSG NGAN ORANG LAIN LA'
perrhhhh..ni ape kess ni?? puihhhh la laki cegini..wek =p
nota Dari AKU: hahahaha..aku cerita nie bukannye nak perli kat sesape.ataupun nak buat orang terasa..tapi aku tulis ikut pengalaman aku dan story dari kawan-kawan.tak suka tak pe,aku tak pakse.aku juz nak meluahkan..enjoy k
Thursday, 27 October 2011
Bertemua Jua Akhirnya-selepas 5 tahun
Friday, 21 October 2011
Aiskrim Coklat-First try jugak ^^
Bahan-bahannya:
1 tin susu pekat (sy guna susu F&N - 505 gram)
1 tin air suam (sukat guna tin susu tadi)
1 sudu besar ovelatte
1 biji telur
2 sudu besar serbuk koko (sy pakai serbuk koko van houten..tapi rasa mcm pahit sket kalau terletak lebih.kalau jenama lain tak kot..)
setengah tin susu segar (ni sy yang tambah sendiri..kalau ikut resepi takde.. saja nak bagi lemak berkrim sikit)
coklat rice (jika mahu)
cara-caranya:
1) serbuk koko tadi dibancuh dengan air suam hingga sebati
2) masukkan telur, susu dan ovelette dalam mangkuk
3) tuang bancuhan koko tadi dan pukul dengan mixer sampai adunan kembang
4) tuang dlm bekas dan hias dengan coklat rice ikut suka.
5) masukkan dlm fridge.. senang kan :)
Selamat Mencuba ^_^
First Try Donat-Menjadik...
semalam 20/10/11 teringin nak makan donat..walopun petang tu da siap beli donat kat Big Apple 2 bijik..huhu..tapi tak pe,tu yang beli..kadang-kadang nak jugak rase donat dari air tangan sendiri..so,..terus ke dapur tengok bahan-bahannye ade ke tak...ok kat bawak ni anes bagi resepinya:-
1 kg tepung gandum
1 paket yis segera mauripan (11g)
550 ml air bertapis @ air masak
3/4 minyak masak
1/2 sdk garam
2 sdb susu pekat
gula (utk digaul nanti)
minyak masak untuk menggoreng bagi tenggelam
Cara Membuatnya:
satukan susu bersama air..kacau hingga sebati..ketepikan
masukkan tepung ke dalam bekas dan gaul sebati bersama yis tadi
masukkan air dan susu yang telah disebatikan tadi ke dalam tepung,dan jangan lupe masukkan garam tu sekali..uli sampai menjadi doh.
bahagikan doh tadi kepada 50 g setiap satu ( ikut suke nak besar mane) dan bentukkan
menjadi donat. buat sampai habis,biarkan selama 10-15 minit...
tumbuk-tumbuk doh tadi..nie untuk buang angin dalam tepung tu je..
pastu simpan di dalam bekas mendap selama 30-1 jam sebelum digoreng
siap untuk digoreng dalam minyak yang banyak dan api sederhana..gaul bersama gula
selamat mencuba ^_^
Tuesday, 18 October 2011
@?>>.;2
buat hal masing-masing dah la..bengong!!!
Friday, 14 October 2011
PUDING ROTI KUAH KASTARD
Puding Roti Ceri (Kukus)
- 8 keping roti high grain (potong kulit tepinya)
- 400-500ml susu segar (saya guna susu UHT low fat)
- 3 sudu besar gula perang lembut (soft brown sugar)
- 2 biji telur - dipukul sebati
- Ceri Merah
- Mentega/marjerin untuk menyapu roti
- 1 1/2 sudu kecil esen vanilla
Sos Kastad
- 400ml susu segar (low fat)
- 2 sudu besar kastad
- 1 1/2 sudu besar gula perang lembut
- 1 sudu kecil esen vanilla
untuk menyediakan puding roti
- Campurkan telur yang telah dipukul sebati bersama dengan gula perang. Kacau sehingga gula hancur.
- Curahkan susu, dan esen vanilla. Kacau sebati.
- Tapiskan adunan ini dan Ketepikan.
- Sapu nipis mentega/marjerin pada kedua2 belah roti *Pastikan sapuan tersebut tidak terlalu banyak/ tebal*
- Kemudian potong empat roti tersebut.
- Sapu acuan dengan sedikit mentega.
- Tabur rata kismis di dasar acuan. Tutupkan dengan lapisan roti. Curahkan adunan susu sehingga ke paras roti.
- Tabur lagi kismis diikuti dengan lapisan roti dan curahan adunan susu. Ulangi sehingga semua bahan habis.
- Kukus puding ini lebih kurang 30minit atau sehingga masak.
untuk menyediakan sos kastad
Campurkan semua bahan - susu, kastad, gula perang, esen vanilla.Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan gula hancur. Tapiskan.
Masak di atas api perlahan dan dikacau sentiasa.
Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak
Thursday, 13 October 2011
AKU SUKA DIA
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia
Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya
Ku terima satu nota..darimu..
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Akhirnya kini, ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia,
Menerima cinta darinya.. Aku suka dia…
PASTRY BUAH BERKASTARD
saya guna susu UHT cairkan dalam periuk..selepas semua sebati barulah letak di atas dapur menggunakan api kecik..