Tuesday, 29 November 2011

kek gula hangus a.k.a kek sarang semut a.k.a kek span a.k.a kek sarang lebah (bak kata mat gebu)

assalamaualaikum w.b.t buat semua yang saya sayang..

tengok tajuk kat atas tu..panjang bebeno nk menulis nye..huhu..disebabkan ramai yang telah panggil kek ni dengan bermacam-macam nama,che'anies tulis je semua..haaa..ikut suke ati korang la nak panggil kek ape ek..yang pastinya che'anies panggil kek gula hangus..

nie resepinya eh

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 camt soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 camb mentega

Cara-cara

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
  5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
  7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"
p/s:kek ni che'anies buat ari ahad aritu..buat pun sebab nak kirim untuk mak kat kg..hehehe..

No comments: