Thursday, 29 December 2011

4 th Anniversary wif my Love!!

29 Disember 2011

wif my Love...I LOVE U SO MUCH SYAFIQ AFANDI!!!! hope hubungan yang terjalin nie kekal sampai bila-bila..

nota Tangan: Tidur malamku tak lena ..Asyik teringat padanya
Bilakah mentari memancarkan cahaya ..Hanyalah dirinya bermain diingatan
Oh...tuhan ku rindu padanya

Friday, 23 December 2011

Mimpi Biar Sampai Ke Bintang!

elfira loy and Randy Panggalila

babak dalam cite tuh

ensem boy..aku suka lakonan die nieh..da la macho..comel..nsem..so romantis....semualah...yang penting aku suka dia punya lakonan...

nota Tangan: semalam aku tengok cite BIAR MIMPI SAMPAI KE BINTANG nih sambil-smabil buat kek kat dapur..hehe..memang the best la cite ni...suwittttttttttt sangat!!

sedikit kecewa!!!

kek buah-buahan..

ulang tayang...sebelum dibakar

Saya sedikit kecewa dengan diri sendiri...arghhhh..kenapa la jadik macam nie.semalam balik je dari makan malam kat UMAI CAFE..terus naik tukar baju and masuk dapur..penat memang tersangat penat..dan badan terasa sedikit mengantuk..tapi terpaksa juga digagahkan tulang empat kerat ni di atas sebab-sebab tertentu..hurmmm...semua laci dibelek-belek demi mencari resepi kek di atas..akhirnya ku ketemui jua...hati girang...kengkononye nak buat kek buah-buahan untuk buat balik kat kampung..mak suka makan..and buat sekali untuk mak MR.B..sebijik sorang...first time tau buat kek ni...godek punya godek..jadi la..tapi sedikit kecewa..sekali lagi kecewa..sebab,.....sebab...kek tak berapa nak sedap!! arghhhhhh tensen lagi...huwaaaa.... :(  tak tau la..tapi lidah saya tak leh terima kek buah...memang tak suka makan..tapi...tapi kan...alhamdulillah kek nya menjadik.!!.hanya gambar kek sebelum dibakar je sempat snap pic..huhu..sori uollllssss

and...

and...

and....

penderitaanku tak berakhir disitu..kerana ada lagi satu permintaan dari kawan opis...mak die teringin sangat nak makan kek coklat yang che'anies buat..jadi terpaksa la bersengkang mata sekali lagi demi buat dia bahagia...sori kawan kalau kek tu tak berapa nak sedap....

lebih kurang macam ni la kek coklat tu..tapi dimaksukkan dalam bekas la...pic nie dari album-album yang lepas..sori sekali lagi coz tak ambik pic kek tu atas sebab-sebab mata dah semakin layu...bye!

p/s: semoga semuanya suka sampai telinga

makan-makan @ UMAI CAFE

Posing sebelum makan..Farish Danial

mereka

pilih menu dulu

Danial punye..macam biase..nasi goreng paprik

lempeng nyor atau nama komersialnye..lempeng kelapa...mebeles!

me...nasi goreng umai..nampak je sedap..tapi hampeh..nasi sedikit terasa hangit..sori ye

last! byebye

Thursday, 22 December 2011

wang kertas dan syiling baru??? oyeeehhhhh..


hye uolllssss.....korang da tengok belum duit kertas baru ni???soooooooooooooooooooo chomelllll okeyhhh!!! yang rm20 tu so cute...oren pulak tu...sangat-sangat menyerlah okeyhh....huwaaaaaaaaaaaaa.....nak jugakk...!!! tak sabar nak pegang duit ni betul-betul...mesti sayang nak guna nanti...hihihi..boleh caye ke..hek elehhhh...padahal da jumpe duit soping tak hengat...ape-ape pun kita bakal menggunakan wang yang sooooo chomelll nie tahun 2012 nanti....coming sooonnnnnn...
wait and see ya...bye!

ni pulak rupa wang syiling yang bakal digunakan nanti...yang melambangkan keindahan alam semulajadi,flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional malaysia..ye ke??aku main teka je...hehe..
tapi.....tapi.....tapi kan...korang perasan tak yang duit syiling sepuloh sen tu melambang ape??korang perasan tak weiiiii??kalau ditengok-tengok..dibelek-belek...macam lambang bendera ISRAEL pun ada kan??betul tak kawan-kawan..ke mata aku je yang nampak camtu..apapun..kemungkinan je semua tu...


cuba anda perhatikan sendiri..ihsan google

Tuesday, 20 December 2011

Jarak Antara Dua Hati...

Komunikasi

sebenarnya sejauh manapun anda dengan kekasih hati...komunikasi antara dua hati amat penting..seberapa lama pun hubungan anda dengan kekasih hati..percayalah..kalau komunikasi tidak berjalan dengan lancar,..hubungan tak akan ke mana.lepas tu mulalah cari kelemahan dan kesalahan masing-masing..ingat! komunikasi yang baik adalah komunikasi yang boleh diterima dengan terbuka..dan bukannya dengan air mata.


 Kepercayaan dan Kesetiaan

setiap cinta yang dibina mestilah memiliki kesetiaan dan kepercayaan kepada si jantung hati masing-masing.kerana dengan sifat inilah cinta yang bertahun-tahun lamanya akan kekal sehingga ke jinjang pelamin..ingat! jangan sesekali melupakan ikrar ketika mula-mula hendak bercinta dulu.'aku akan mencintaimu seluruh hidupku..aku akan selalu disampingmu..tiada dua atau tiga' cewahhhhh..terjiwang la pulak..tapi itulah hakikatnya!! bila sebuah percintaan itu bermula..kepercayaan dan kesetiaan itu adalah satu kemestian,..walhal kadang-kadang diri ini jugak rasa ragu-ragu..huhuhu..

Bertanya Khabar @ Tetapkan masa untuk berhubung..

selalunya melalui SMS lah kita meluahkan rasa..meluahkan rindu dan sebagainya berbanding melalui YAHOO,MUKABUKU,TWEET dan lain-lain..ini kerana melalui SMS kita dapat mengenali pasangan kita dengan lebih dekat.walopun hari-hari bertanyakan benda yang membosankan tapi itulah cinta..
contoh:" hello..sayang dah makan??sayang sihat"..percayalah ungkapan itulah yang membuatkan kita berada di awang-awangan dan rasa disayangi...kan..??kan..??




Kejutan

ketahui lah bahawa setiap orang mendapat suprise itu sangat bahagia hatinya..so kepada yang bercinta jarak jauh tu,,,jangan sesekali melupakan tarikh-tarikh penting dalam bercinta..tarikh besday ke..ulang tahun perkenalan ke,..macam-macam la..yang penting hargailah si dia seadanya.tak salah kalau nak berhabis untuk si jantung hati dengan membeli sekuntum bunga..bukan mahal pun..paling tidak sepuloh hinggit je!! jangan nak kedekut kalo nak hidup bahagia...tak gitu...hahaha


Kunci Hati

 And last..kunci hatimu hanya untuk si jantung hati!! jangan sesekali curang okeyhhhh...ingatlah..setia itu sabar..sabar itu indah...^_^

p/s: semoga kita semua beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak..amin....




Kamu cantik sekali..Tapi......


Saudari, kamu cantik sekali

Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali
Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.

Saudari, kamu cantik sekali
Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau   membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.
Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.

Saudari, kamu cantik sekali

Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali

Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik ia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?

Saudari, kamu cantik sekali

Alangkah indah jika kecantikan luaran  itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi.
Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.
Sumber KLIK SINI