Tuesday, 20 December 2011

Jarak Antara Dua Hati...

Komunikasi

sebenarnya sejauh manapun anda dengan kekasih hati...komunikasi antara dua hati amat penting..seberapa lama pun hubungan anda dengan kekasih hati..percayalah..kalau komunikasi tidak berjalan dengan lancar,..hubungan tak akan ke mana.lepas tu mulalah cari kelemahan dan kesalahan masing-masing..ingat! komunikasi yang baik adalah komunikasi yang boleh diterima dengan terbuka..dan bukannya dengan air mata.


 Kepercayaan dan Kesetiaan

setiap cinta yang dibina mestilah memiliki kesetiaan dan kepercayaan kepada si jantung hati masing-masing.kerana dengan sifat inilah cinta yang bertahun-tahun lamanya akan kekal sehingga ke jinjang pelamin..ingat! jangan sesekali melupakan ikrar ketika mula-mula hendak bercinta dulu.'aku akan mencintaimu seluruh hidupku..aku akan selalu disampingmu..tiada dua atau tiga' cewahhhhh..terjiwang la pulak..tapi itulah hakikatnya!! bila sebuah percintaan itu bermula..kepercayaan dan kesetiaan itu adalah satu kemestian,..walhal kadang-kadang diri ini jugak rasa ragu-ragu..huhuhu..

Bertanya Khabar @ Tetapkan masa untuk berhubung..

selalunya melalui SMS lah kita meluahkan rasa..meluahkan rindu dan sebagainya berbanding melalui YAHOO,MUKABUKU,TWEET dan lain-lain..ini kerana melalui SMS kita dapat mengenali pasangan kita dengan lebih dekat.walopun hari-hari bertanyakan benda yang membosankan tapi itulah cinta..
contoh:" hello..sayang dah makan??sayang sihat"..percayalah ungkapan itulah yang membuatkan kita berada di awang-awangan dan rasa disayangi...kan..??kan..??




Kejutan

ketahui lah bahawa setiap orang mendapat suprise itu sangat bahagia hatinya..so kepada yang bercinta jarak jauh tu,,,jangan sesekali melupakan tarikh-tarikh penting dalam bercinta..tarikh besday ke..ulang tahun perkenalan ke,..macam-macam la..yang penting hargailah si dia seadanya.tak salah kalau nak berhabis untuk si jantung hati dengan membeli sekuntum bunga..bukan mahal pun..paling tidak sepuloh hinggit je!! jangan nak kedekut kalo nak hidup bahagia...tak gitu...hahaha


Kunci Hati

 And last..kunci hatimu hanya untuk si jantung hati!! jangan sesekali curang okeyhhhh...ingatlah..setia itu sabar..sabar itu indah...^_^

p/s: semoga kita semua beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak..amin....




No comments: