Tuesday, 20 December 2011

Kamu cantik sekali..Tapi......


Saudari, kamu cantik sekali

Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali
Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.

Saudari, kamu cantik sekali
Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau   membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.
Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.

Saudari, kamu cantik sekali

Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali

Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik ia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?

Saudari, kamu cantik sekali

Alangkah indah jika kecantikan luaran  itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi.
Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.
Sumber KLIK SINI
 

OMBAK RINDU

Assalamualaikum w.b.t uolllssss...

sana sini orang dok bercerita tentang satu cite ni ha...pemes sangat ke cite tu??best sangat ke sampai ada yang nangis-nangis bile dok menghayati jalan cite tuh???...sedih sangat ke??che'anies pun tak tau..coz che'anies masih tidak berkesempatan nak menonton movie tu...maklum la..cik abang dok jauh...wuuuuuu....sedih =(
ok-ok..da sedih-sedih bagai...jangan nak merepek merapu lagi..ce korang teka cita ape..ce teka...hhahaha...alahhh...tipu lah kalau korang tak tau..aku rase korang semua mesti da berkurun tengok movie tu kan..che'anies je yang kuno tak abis-abis....ishkk...ok la ni tajuk movie tuh...'OMBAK R_N_U'...yang dua tempat kosong lagi tuh,
korang isi sendiri ek..byebye...muahh...fulstop!!!

layan lagu ONG BAK RINDU ni dulu...eh...bukan ONG BAK la...'OMBAK RINDU'..ehehehee.... 

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


COMEL
 SOOOOO SUWIT TAHU

Thursday, 15 December 2011

u Die i Die

Assalamualaikum w.b.t uuuolllsssssss....

korang penah dengar tak penpatah melayu yang sering digunakan oleh
budak-budak yang tengah mabuk bercinta nie 'u die i die' ataupun 
'sehidop semati'..
macam-macam kan..biaselah orang tengah hangat bercinta la katakan...
Tapi....ade ke sanggup mati same-same??? boleh caye ke??....cakap boleh la...ce kena dalam situasi tu..che'anies rase lintang pukang lari..hahaha..ayat nak manis jerk...ape pun tak boleh..kengkononnya suwit la tue...kita hanya merangcang Tuhan yang menentukan..
jangan pepandai nak reka-reka sendiri..kita hanya boleh berdoa dan terusberusaha menjadi yang terbaik untuk orang yang kita sayang..tak gitu kawan-kawan??
ape-ape pun ajal maut ditangan Tuhan..hanya Dia yang boleh menentukan hidup mati seseorang makhluk..and yang paling penting..jangan terlalu taksub dalam bercinta..nakbersayang-sayang boleh,tapi sayang la diri sendiri dahulu baru
kita layak untuk menyayangi orang lain..kalau da jodoh tak kemana..
tak perlu nak 'u die i die' bagai...sekian..fullstop!!

p/s: Peringatan untuk diri sendiri dan kita semua..chil =)

gambar sekadar hiasan~

Wednesday, 14 December 2011

wordless wednesday!

bila bercinta...dia semakin menjauh..

Assalamualaikum w.b.t

maaf bila ku tidak sempurna..aku hanyalah insan biasa yang perlukan cinta..aku juga insan biasa yang perlukan kawan...tapi.....kenapa bila menjangkau alam bercinta kenapa 'sahabat' itu perlu menjauhi??
aku juga manusia yang terlalu rapuh bila bermain dengan soal hati dan perasaan,.
Tapi..sebagai manusia biasa,salahkah kalau kita bercinta tapi dalam masa yang sama kita berkawan...?hanya sebagai kawan,tak lebih dari itu.. kenapa kawan itu perlu menjauhi bila kita sudah punyai cinta..?manusia nie memang cukup aneh..perasaan dan tindakan yang tak tercapai akal kita nak fikir..walaupun begitu,kamu tetap kawan..sekali berkawan,..selamanya tetap kawan.jangan sesekali memusnahkan persahabatan yang terjalin..
Maaf sekali lagi andainya aku buat kamu terluka..berkawan dan bercinta banyak perbezaannya..tapi kedua-duanya amat penting bagiku...Ape-ape pun..selitkan kawan itu dengan kejujuran dan keikhlasan dalam hatimu..bukan mengharapkan suatu balasan..aku mesra denganmu bukan bermakna aku cinta..aku senang denganmu bukan bermakna kamu telah mewarisi hatiku..tapi..itu cuma sayangnya seorang kawan..biarlah kawan itu tetap lekat sebagai kawan..
jangan sesekali bandingkan kawan dengan cinta kerana ia terlalu jauh berbeza...love yourself..!! fullstop!

Tuesday, 13 December 2011

Betul ke??

Assalamualaikum w.b.t

Hye uollllsssss...rasenya da 2 3 hari che'anies tak update blog sebab musababnya che'anies terlalu buzy dengan keje yang tak tetap tetap ni ha...
arinie tergerak pulak hati nak mengupdate blog nih..tu pun sebab bace ENTRY yang buatkan che'anies tersengih sorang-sorang..senyum simpul pun ada..opsssss! jangan salah sangka ye,che'anies bukan seorang yang gedik okeyh...senyum simpul ada sebabnya..geli hati membaca ENTRY sorang retis vs kawan che'anies kat opis ni...haha..kalau korang pun nak gelak same,korang bolek KLIK SINI... mesti funny punya la..tapi korang kena tengok kat tajuk SAME KE?? tu ek. kat pic ke 2 tu memang tak leh blah..tapi yang 1st and 3rd tu memang aku tak leh sangkal lagi la..sejibik...opsss sebijik same..huhu..ok..korang boleh nilaikan sendiri ek..

p/s: yang tengah makan nasik or minum tu..aku syorkan jangan KLIK kat sana..coz benda tu boleh buat korang termuntah..fullstop bye!!!

nih che'anies promote cket blog retis tu...WAJIB TENGOK!!!


Friday, 9 December 2011

jodoh itu rahsia Allah s.w.t



 
Ya Allah...jika aku jatuh cinta,cintailah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMU..agar bertambah cintaiku untuk mencintai-MU..